Thursday, November 12, 2009

WANITA YANG DIPILIH MENJADI NENEK MOYANG RAJA DAUD

Siapakah dia yang dipilih itu?...

Pada pandangan manusia mudah sekali memilih seseorang yang sedap dilihat atau kerana dia berbakat maka dia adalah oranng yang paling sesuai. Seringkali kita berasa diri kita selalu tidak layak untuk melakukan sesuatu dan seringkali juga kita sering berasa kita adalah orang paling layak untuk melakukan sesuatu kerana kita punya bakat dan kita mempunyai rekod yang paling baik. Berhati-hatilah supaya kita tidak menjadi seperti iblis yang mahu meninggikan dirinya sendiri.

Manusia selalu melihat apa yang di hadapan mata tetapi Tuhan melihat hati. BAHKAN SAMUEL YANG MERUPAKAN HAMBA TUHAN YANG DIHORMATI DI ISRAEL JUGA DITEGUR OLEH TUHAN TENTANG HAL INI!... SAMUEL ADALAH HAMBA TUHAN YANG DIPILIH SEJAK LAHIR DAN BUKAN ORANG YANG BIASA-BIASA. JIKA SAMUEL YANG MERUPAKAN SEORANG YANG HIDUPNYA SANGAT BERKENAN DI MATA TUHAN JUGA MELAKUKAN KESILAPAN INI APATAH LAGI KITA?

1 samuel 16:6-7; ketika mereka masuk dan Samuel melihat Eliab, lalu pikirnya: “sungguh di hadapan TUhan sekarang berdiri yang diurapi-Nya.”

Tetapi berfirmanlah Tuhan kepada Samuel:

“ janganlah pandang parasnya atau perawakannya yang tinggi, sebab Aku telah menolaknya. BUKAN YANG DILIHAT MANUSIA YANG DILIHAT ALLAH; MANUSIA MELIHAT APA YANG DI DEPAN MATA, TETAPI TUHAN MELIHAT HATI.”

Apa yang dilihat manusia?? PARAS DAN PERAWAKAN...

Manusia juga sering melihat sejarah hidup seseorang. Namun jika dilihat rasul Paulus yang suatu ketika dahulu adalah pemburu kepada pengikut-pengikut Tuhan Yesus sudah menjadi bukti bahawa Tuhan TIDAK MELIHAT MASA LALU UNTUK MEMILIH SIAPAPUN MELAKUKAN PEKERJAAN-NYA.

Demikian juga halnya dengan Rut.
Dia adalah orang Moab dan bukan yahudi. Bahkan dia bukan orang Israel TETAPI MENGAPA DIA MENJADI NENEK MOYANG KEPADA RAJA DAUD YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN SANGAT INTIM DENGAN TUHAN DAN MENJADI RAJA ISRAEL SERTA MENJADI NENEK MOYANG KEPADA YUSUF YANG MELAHIRKAN YESUS?...

DIA DIPILIH UNTUK MENJADIKAN SUATU KETURUNAN SEHINGGA PADA KELAHIRAN RAJA DAUD YANG MENJADI RAJA ISRAEL DAN MELALUI KETURUNANNYA JUGA TUHAN MEMBERI KASIH KARUNIA KEPADA MARIA UNTUK MELAHIRKAN YESUS IAITU JURUSELAMAT DUNIA.

Jika kita melihat latar belakang Rut. Dia adalah dari bangsa Moab daripada keturunan Lot saudara Abraham.

Kejadian 19:30-38: pergilah Lot dari zoar dan ia menetap bersama-sama dengan kedua anaknya perempuan di pergunungan, sebab ia tidak berani tinggal di Zoar, maka diamlah dia dalam suatu gua beserta kedua anaknya.

Kata kakaknya kepada adiknya: “ ayah kita telah tua dan tidak ada laki-laki di negeri ini yang dapat menghampiri kita seperti kebiasaan seluruh bumi.
Marilah kita beri ayah minum anggur, lalu kita tidur dengan dia, supaya kita menyambung keturunan dari ayah kita.”

Pada malam itu, mereka member ayah mereka minum anggur, lalu masuklah anaknya yang lebih tua untuk tidur dengan ayahnya; dan ayahnya itu tidak mengetahui ketika anaknya itu tidur dan ketika ia bangun.

Keesokan harinya berkatalah kakaknya kepada adiknya: “ tadi malam aku telah tidur dengan ayah; baiklah mala mini juga kita beri dia minum anggur, masuklah engkau untuk tidur dengan dia, supaya kita menyambung keturunan dari ayah kita.”

Demikianlah juga pada malam itu mereka member ayah mereka minum anggur, lalu bangunlah yang lebih muda untuk tidur dengna ayahnya; ayahnya itu tidak mengetahui ketiak anaknya itu tidur dan ketika ia bangun.

Lalu mengandunglah kedua anak Lot itu dari ayah mereka.

Yang lebih tua melahirkan seorang anak laki-laki dan menamainya Moab; dialah bapa orang Moab sekarang.

Yang lebih mudapun melahirkan seorang anak laki-laki dan menamainya Ben-Ami; dialah bapa bani amon yang sekarang.

Sejarah Rut adalah sangat hina kerana keturunan mereka adalah hubungan antara bapa dan anaknya sendiri.

Namun kerana TUHAN MELIHAT HATI RUT MAKA SEMUA ITU TIDAK DIPANDANG OLEH TUHAN.

Rut seorang yang setia kepada ibu mertuanya.
Rut 1:16-17; tetapi kata Rut:
janganlah desak aku meninggalkan engkau dan pulang dengan tidak mengikuti engkau;
sebab ke mana engkau pergi, ke situ jugalah aku pergi, dan di mana engkau bermalam, di situ jugalah aku bermalam: bangsamulah bangsaku dan Allahmulah Allahku; di mana engkau mati, akupun mati di sana, dan di sanalah aku dikuburkan. Beginilah kiranya Tuhan menghukum aku, bahkan lebih lagi daripada itu, jikalau sesuatu apapun memisahkan aku dari engkau, selain daripada maut!

Rut telah belajar sesuatu tentang Tuhan ketika menjadi menantu Naomi dan dia tetap mahu bersama Naomi. Ketika diberi pilihan oleh Naomi untuk balik ke pangkuan keluarganya dia memilih jalan yang betul iaitu mengikut Naomi kerana : bangsamulah bangsaku dan Allahmulah Allahku!

Ketika sampai di Betlehem, Betlehem adalah tempat Yesus dilahirkan, Naomi merungut tetapi Rut tidak. Tuhan melihat Rut yang tidak bersungut-sungut seperti yang dilakukan orang Israel ketika di padang gurun selama 40 tahun. Ramai orang sekarang yang selalu merungut-rungut kerana tidak sedar akan berkat yang diberikan pada mereka setiap hari.

Rut seorang yang bekerja keras seperti yang dilakukannya ketika pergi mencari makanan untuk dia dan Naomi. Rut 2:2; biarkanlah aku pergi ke ladang memungut bulir-bulir jelai di belakang orang yang murah hati kepadaku.”

Ayat 7: tadi ia berkata: izinkanlah aku memungut dan mengumpulkan jelai dari antara berkas-berkas jelai ini di belakang penyabit-penyabit. Begitulah ia datang dan terus sibuk dari pagi sampai sekarang dan seketikapun ia tidak berhenti.

Rut seorang yang rendah hati dan dia juga tidak mengejar lelaki seperti yang dilakukan oleh ramai perempuan sekarang. Tuhan memperhatikan karakter Rut dan ciri-cirinya adalah perempuan yang dipilih menjadi nenek moyang raja Daud. Dia tidak kisah bersuamikan seorang yang agak tua seperti Boas. Bahkan Naomi-lah yang menyuruh dia untuk meminta Boas menebus mereka bukan keinginannya.

Rut seorang yang rendah hati, penuh dengan iman dan bekerja keras dan menjaga ibu mertuanya dengan baik. Dia adalah perempuan yang dipilih...

Wednesday, November 11, 2009

BILA DIA BERSAMAKU AKAU BOLEH LAKUKAN APA SAJA....

kita adalah pemenang... bersukacitalah kerana seperti mana Tuhan menyertai daud dalam apa jua yang dia lakukan TUhan juga menyertai kita dalam apa jua yang kita lakukan. dan kita adalah pemenang atas semua masalah kita...

Sunday, November 8, 2009

KASIH KARUNIA...

Kita mendapat kasih tetapi jangan lupa juga ada karunia... karunia itu adalah apa yang kita miliki sekarang. Ada seorang lelaki yang ingin melakukan sesuatu untuk memuliakan nama Tuhan. Tetapi dia tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Dia tidak berbakat dalam bermain muzik, dia tidak tahu bagaimana untuk mengajar dan dia tidak tahu bagaimana untuk menyanyi bahkan menari. Lalu pada suatu hari dia berdoa di gereja dengan suara keras dan menangis di hadapan Tuhan untuk meminta Tuhan memberikan dia karunia untuk memuji Tuhan. Di sebelahnya ada seorang yang duduk di kerusi roda juga berdoa dan memuji Tuhan.

Ketika di luar gereja lelaki itu didatangi oleh lelaki yang berkerusi roda itu.
Dia berkata kepada lelaki itu: “ anda seorang yang kuat berdoa, semasa saya berada di sisi saudara tadi TUhan berbicara kepada saya bahawa anda sangat dikasihinya dan telah memberikan banyak kasih karunia dalam hidup saudara.”

Lelaki itu terkejut. Dia berkata, “ saya tidak ada karunia untuk melibatkan diri dalam pujian dan penyembahan kerana saya tidak berbakat dan dalam hal lain juga saya tidak tahu melakukan apa-apa.”

Lelaki yang berkerusi roda itu menjawabnya dengan tersenyum.

“ saudara berbahagia kerana TUhan memberi saudara kaki yang boleh berjalan kerana saya telah lumpuh sejak saya dilahirkan. Saya anak yatim piatu tetapi saudara ada keluarga yang ramai...namun saya sangat bersyukur walaupun saya lumpuh tetapi saya tetap dapat berkata-kata kerana saya tidak bisu.”

Betapa ramai orang yang meminta-minta karunia daripada Bapa padahal setiap hari adalah karunia Tuhan yang luar biasa di dalam hidup kita. Tuhan memberi kita nafas pada setiap hari dan memberikan makanan serta pakaian untuk kita pada setiap hari.

PILIHLAH UNTUK BERHENTI .....

Hari ini hari ke-12 saya berpuasa. Apapun sangat banyak dugaan yang datang. Pada mulanya saya langsung tidak perasan namun setelah merenungkan segala yang terjadi setiap hari mata saya mulai terbuka melihat betapa iblis sangat bekerja untuk menjatuhkan saya setiap hari supaya saya tidak hidup di dalam persekutuan dengan Bapa.

Saya diserang dengan pelbagai godaan mata yang sangat menjatuhkan kekudusan dan juga sakit mulai menyerang tubuh saya. Namun semua itu, Bapa sentiasa memperingatkan dan menegur saya akan setiap kesilapan yang saya lakukan dan saya membuat keputusan untuk melepaskan semua keinginan daging saya pada Bapa dan mahu hidup dalam pimpinan Roh kudus. Sebelum melakukan sesuatu yang boleh membuatkan kita jatuh dan kita telah tahu bahwa perkara itu salah lebih baik berhenti. Sebelum ditarik jauh lebih dalam oleh iblis kerana iblis tidak boleh berbuat apa-apa apabila kita berkeputusan untuk berhenti dan menyerahkan diri kepada TUhan. Dia hanya boleh memujuk dan apabila kita setuju maka di sana dia akan terus menarik kita jauh lebih dalam dari Tuhan. Jangan terpedaya dengan kata-kata: saya akan buat begini tetapi cuma untuk melihat atau mencuba sahaja. Saya akan berhenti kemudian.

Jangan menganggap diri kita tahu bila untuk berhenti untuk sesuatu yang bukan dari TUhan kerna iblis tidak akan membiarkan kita separuh jalan tetapi akan terus menggunakan segala kesempatan yang ada untuk memaksa kita melakukan dosa dan hidup tidak kudus di hadapan Tuhan. Pekalah terhadap suara Tuhan di dalam hatimu yang tidak boleh dicemari dengan segala kekotoran yang ada di dunia ini.

Jika Bapa katakan jangan maka janganlah lakukan itu. Namun jika engkaku sudah terlanjur melakukannya maka cepat-cepatlah datang kepada Tuhan dan memohon pengampunan dan disucikan kembali dengan darah Yesus. Namun jangan menggunakan alasan bahwa Tuhan sentiasa mengampuni maka kita boleh melakukan dosa pada bila-bila masa. Ingatlah di dalam firman-Nya bahwa Dia tidak akan membiarkan dirinya dipermainkan.
HIDUPLAH TAKUT TUHAN.

Sunday, November 1, 2009

NOT BECAUSE OF ME BUT BECAUSE OF HIM...

Ada seorang lelaki yang sangat miskin dan tidak mempunyai apa-apa pun harta. Setiap hari dia mengemis dan meminta-minta kepada orang lain. Dia dipandang hina, diejek dan tidak ada sesiapa yang menerima dia kerana martabatnya dipandang terlalu rendah.

Pada suatu hari, seorang peladang yang kaya menjumpai dia dan mengangkat dia menjadi hambanya. Dia sangat menyayangi hamba itu dan melayan dia seperti anaknya sendiri. Dia memberikan segalanya yang diperlukan dan diingini oleh hamba itu. Bahkan dia menganggap hamba itu adalah anaknya.
Suatu hari dia mengatakan kepada hamba itu:

“ sekarang kau bukan hambaku lagi tetapi engkau ku jadikan sebagai anakku... segala milikku ini adalah milikmu kerana engkau setia dan selalu menyenangkan hatiku.”
Hamba itu sangat bersyukur dan gembira kerana dia mendapat belas kasihan tuannya hingga menjadi anak kapada tuannya itu. Dia sangat setia kepada bapa barunya itu. Semuanya dia lakukan seperti yang diperintahkan oleh bapanya. Dia menjadi pengurus kepada ladang bapanya.

Suatu hari, seorang pekerja berkata kepadanya:
“ kau sangat berbakat.. jika bukan kerana engkau, ladang ini tidak akan Berjaya.”

Anak itu berasa sangat gembira dan memberitahu bapanya bahawa bapanya sangat bertuah kerana melantik dia menjadi anaknya dan menjaga ladang itu. Bapanya hanya tersenyum dan terus mendorong dia dan menyediakan segala yang dia perlukan.

Anak itu mula bersikap sombong dan bangga di dalam hatinya kerana dia disayangi dan semua pekerjaannya berhasil. Dia mulai kurang meminta pertolongan dengan bapanya.

Namun, pada suatu hari, ladangnya mulai mengalami huru-hara dan merosot. Dia mulai kecewa. Semua pekerja melarikan diri dan ladangnya sudah sangat merosot. Dia sangat kecewa dan datang kepada bapanya dan menangis.

“ bapa, kenapa terjadi seperti ini? Kenapa kau tidak menolong saya. Lihat ladang itu sudah hancur. Bukankah saya sudah melakukan semuanya seperti yang kau arahkan?”

Bapa itu berkata: “ kau tidak meminta pertolongan dariku lagi. Kau mulai sombong dan lupa bahawa akulah yang telah mengangkat engkau sebagai anakku dan member kepercayaan kepada engkau untuk menjaga ladangku itu. Tetapi engkau mulai mengganggap dirimu yang telah menjayakan semuanya itu padahal akulah yang telah menyediakan segalanya untuk engkau dan membuat engkau berhasil.”

Anak itu mulai sedar bahwa dia telah mulai bersikap angkuh dan mengandalkan kekuatannya sendiri. Dia lupa bahwa bapanya yang telah membuat dia berhasil. Dia menangis dan meminta maaf kepada bapanya. Bapanya datang dan memeluk dia dengan erat.

“ aku telah membuat ladang yang kau usahakan itu tidak berhasil. Aku punya ladang itu dan aku boleh membuat ia berhasil dan tidak berhasil. Tetapi lebih daripada itu aku mahu engkau sedar bahwa aku bapamu tidak mahu kau terus hanyut dengan semua itu kerana aku sangat mengasihi engkau. Aku mahu kau kembali kepadaku seperti pada waktu pertama kali aku menemukan engkau.”

Saat itu, anak itu mulai sedar dan dia sangat menyesal dan bersyukur kerana bapanya tetap menerima dia.

Kita adalah seperti lelaki itu yang tidak punya apa-apa. Tetapi Tuhan mengangkat kita menjadi anak-Nya dan member kepercayaan kepada kita dengan pelbagai karunia. Namun seringkali kita lupa bahwa bakat yang ada pada kita bukan kepunyaan kita sendiri tetapi Bapa telah memberikan karunia itu kepada kita.

Di sanalah kita mulai bersikap sombong dan berkata di dalam hati bahwa jika bukan kerana kita semuanya tidak akan berhasil. KITA SERING LUPA BAHAWA TUHAN TELAH MEMBERI KARUNIA ITU KEPADA KITA.

BUKAN KERANA KITA TETAPI KERANA DIA ...

Saturday, October 31, 2009

KORBAN YANG SEMPURNA DI HADAPAN BAPA...

Apabila kita berdosa dan melakukan sesuatu yang menyakitkan hati Bapa, kita datang kepada Bapa untuk meminta pengampunan.

“ berbicaralah kepada orang Israel dan katakan kepada mereka: apabila seorang di antaramu hendak mempersembahkan persembahan kepada Tuhan, haruslah persembahanmu yang kamu persembahkan itu dari ternak, yakni dari lembu sapi atau dari kambing domba.” Imamat 1:2.

Lalu ia harus meletakkan tangannya ke atas kepala korban bakaran itu, sehingga baginya persembahan bakaran itu diperkenan untuk mengadakan pendamaian bagi dia. Imamat 1:4.

Anak domba itu yang member pendamaian bagi kita dengan Bapa sebenarnya adalah Yesus sendiri. Kita menyalibkan Dia untuk mendapat pendamaian dengan Bapa. Dia yang mendamaikan kita dengan Bapa adalah anak tunggal Bapa sendiri untuk kita semua. Terima kasih Bapa... setiap kali kita berbuat dosa dan datang kepada Bapa untuk memohon pengampunan setiap kali itu juga kita telah menyalibkan Yesus kembali untuk mencurahkan darah-Nya dan memberi pendamaian dengan Bapa.

Dialah Yesus Raja Damai kita yang kekal selama-lamanya. I love you Jesus...
Janganlah kita menyakiti Roh kudus yang tinggal di dalam hati kita. Suara kecil yang lemah lembut di dalam hati kita yang selalu menafsirkan firman-Nya dan menyedarkan kita sentiasa dan member kita damai sejahtera. Janganlah abaikan Dia di dalam hatimu. Dia adalah suatu peribadi yang sensitif dan mudah disakiti. Jagalah kekudusan hatimu senantiasa. Jesus terlalu mengasihi anda semua.

Berilah segalanya kepada Dia bahkan yang paling berharga sekalipun di dalam hatimu. Dia layak menerima semua itu. Tuhan Yesus sanggup dan sentiasa membuka tangan-Nya menanti engkau datang kembali kepada Dia.

HUBUNGAN YANG INTIM DENGAN TUHAN=BAPA

Setiap hari mengejar kekudusan dan mengejar keintiman dengan Bapa. Apa yang saya belajar daripada kejatuhan saya sebelum ini adalah buanglah sebelum akarnya menjadi kuat. Sebelum ini kerana lalai dalam hal berdoa saya telah jatuh sehingga mulai meletakkan Yesus di tempat yang belakang sekali dalam hidup saya. Saya mulai kehilangan keintiman dengan Bapa kerana hal yang kecil iaitu lalai berdoa. Saya melayan perasaan malas di dalam hati dan sangat sibuk dengan kerja lain. Sehingga saya tidak sedar saya sedang member ruang kepada iblis untuk menyelinap masuk dalam kehidupan saya secara halus. Saya mulai jarang berdoa dan hilang ‘connection’ secara spiritual dengan Bapa.

Bahkan mata dan hati saya tidak dapat menerima apa yang tertulis di dalam alkitab dan saya mulai membenci, iri hati dan menyimpan prasangka terhadap sahabat-sahabat yang lain. Saya juga cuba datang kepada Bapa dengan kekuatan saya sendiri dan tidak mahu mmeberitahu sesiapa pun apa yang saya alami di dalam sebenarnya. Sifat hipokrit dan kesombongan itu menyerang sehingga tidak ada damai sejahtera lagi dan lupa akan hubungan yang intim dengan Tuhan.

Namun, kerana Roh kudus telah menanamkan kerinduan dalam hati saya sehingga ada suara hati yang menangis memanggil nama Bapa di syurga. Suatu kehilangan yang sangat besar dan memberitahu saya bahawa belum terlambat lagi. Bapa masih tetap mengasihi saya meskipun saya mengabaikan Dia dan tidak mahu mendengar-Nya.

Kerinduan yang besar akhirnya menggerakkan hati saya untuk mengongsikan dan melepaskan apa yang saya alami dengan sahabat-sahabat untuk meminta bantuan doa kerana selama itu saya ego untuk tidak mahu memberitahu mereka supaya mereka melihat saya seorang yang kuat di dalam Tuhan. Bapa sangat mengajar kerendahan hati itu dan saya harus merelakan hati saya ini untuk menerima ajaran dan setiap teguran-Nya.
Saya harus merendahkan diri dan mengakui segala kesilapan saya serta rela hati untuk ditegur meskipun sangat menyakitkan.

Saya hanya mampu berkata: “ Bapa, milik engkaulah hati ini. Bentuklah sesuai dengan kehendak-Mu dan kuatkanlah hati saya menghadapi semua teguran ini supaya saya mempunyai kerendahan hati seperti Engkau. Saya tidak mmapu melakukan semua ini. Ampuni saya kerana selalu meragui janji-Mu.”

Relakanlah hatimu untuk dibentuk oleh Bapa. Meskipun sangat menyakitkan tapi damai sejahtera yang engkau terima tidak dapat digambarkan.

Berikanlah hatimu setiap hari kepada Tuhan kerana Dia lebih tahu bagaimana hatimu sebenarnya.

Berdiam dirilah di hadapan Tuhan dan biar Dia berbicara dengan engkau

Sunday, October 25, 2009

COME TO HIM WITH ALL YOU HEART...

“ now, therefore,” says the LORD,
Turn to Me with all your heart,
With fasting, with weeping, and with mourning.”
So rend your heart, and not your garments,
Return to the LORD your God,
For He is gracious and merciful,
Slow to anger, and of great kindness;
And He relents from doing harm.
Who knows if He will turn and relent,
And leave a blessing behind Him. (joel 2:12-14a)

Blow the trumpet in Zion,
Consecrate a fast,
Call a sacred assembly;
Gather the people,
Sanctify the congregation,
Assemble the elders. (joel 2:15-16a)

Kembalilah kepada-KU...inilah hati BApa kepada kita semua. Bukan kembali dengan separuh ahti tapi dengan SEGENAP HATIMU...

Apa yang paling berharga bagi dirimu? Sanggupkah engkau memberikan itu kepada Bapa di syorga?

Berilah segalanya kepada Dia yang telah menyerahkan anak-Nya yang tunggal untuk mati di kayu salib dan menebus kita daripada dosa kita. Kita tidak lagi tertakluk pada dosa tapi pada perjanjian yang baru iaitu Yesus yang telah mati bagi kita dan siapa yang percaya akan menerima hidup yang kekal.

Berilah hidupmu pada Yesus. BERILAH DENGAN SEGENAP HATIMU DAN JANGANLAH BERPALING LAGI KE BELAKANG UNTUK MELIHAT TEMAN-TEMANMU, KELUARGAMU, ATAU SIAPAPUN ATAU APAPUN DI MASA LALUMU YANG MENGHALANG ENGKAU DATANG KEPADA-NYA.

DIA MENANTI ENGKAU DENGAN TANGAN-NYA YANG TERBUKA BAHKAN SEKALI ENGKAU MENGAKUI DOSAMU DAN MEMOHON PENGAMPUNAN, DIA TIDAK LAGI MELIHAT SEDIKIT PUN DARIPADA DOSAMU ITU TETAPI MENERIMA ENGKAU DAN MENGADAKAN PERJAMUAN UNTUK MERAIHKAN KEPULANGANMU.
KEMBALILAH KEPADA BAPA KERANA DIA MENANTI ENGKAU SETIAP WAKTU DI PINTU HATIMU...

SEMUANYA HANYA UNTUK YESUS...

Saturday, October 24, 2009

WANT OR NOT? UP TO YOU...

Tuhan Yesus berkata bahawa sebelum kita dibentuk dalam rahim ibu kita, Dia sudah mengenal kita bahkan telah menguduskan dan menetapkan kita untuk menjadi nabi bagi bangsa-bangsa. Yer 1:5.

Dia telah memilih kita sebelum kita dilahirkan. Apabila Tuhan menampakkan diri kepada Musa pada pertama kalinya kerana mendengar seruan orang Israel yang menderita ditindas oleh Firaun di mesir, Musa telah menolak untuk dipanggil kerana dia melihat keterbatasan dirinya sendiri tapi bukan melihat Tuhan yang telah menukarkan tongkatnya kepada ular. Bahkan Tuhan menunjukkan lagi mukjizat di mana tangan Musa terkena penyakit kusta namun Musa masih lagi ragu-ragu dengan dirinya.

Pertama, Tuhan berkata kepada Musa ialah: (kel3:10) “jadi sekarang, pergilah, Aku mengutus engkau kepada Firaun untuk membawa umat-Ku, orang Israel untuk keluar dari mesir”

Tapi musa melihat keterbatasan dirinya dengan berkata: siapakah aku ini?
TUhan berkata: “ bukankah Aku akan menyertai engkau?”

Tuhan tidak memilih kita untuk melakukan pekerjaanNya tanpa Dia. Kerana kita Cuma alat-Nya yang melakukan hal itu tetapi sebenarnya Dialah yang bekerja di dalam kita. Dia telah MEMILIH KITA SEBAGAI ALAT.

Musa melihat keterbatasannya sebagai seorang yang tidak tahu berkata-kata tetapi Tuhan menegaskan: “ siapakah yang membuat lidah manusia, siapakah yang membuat orang bisu atau tuli, membuat orang melihat atau buta, bukankah Aku, yakni TUhan? Oleh sebab itu, pergilah, Aku akan menyertai lidahmu dan mengajar engkau, apa ynag harus kau katakan”

Pada saat ini, Tuhan menyuruh engkau untuk PERGI kerana DIA yang MENYERTAI ENGKAU DAN MELETAKKAN PERKATAAN DI MULUTMU!

Tetapi musa berkata : ah, Tuhan, utuslah kiranya siapa saja yang patut Kau utus”
TUhan murka pada Musa dan memillih Harun untuk menjadi orang yang berkata-kata selain Musa.

Banyak orang yang mahu dipilih oleh Tuhan dan berkobar-kobar supaya TUhan memakai mereka, tetapi seringkali apabila Tuhan menyuruh mereka pergi, mereka berkata: ah, Tuhan, utuslah kiranya siapa saja yang patut KAu utus.
Mengapa begitu?

Kerana melihat kekurangan yang ada pada diri mereka. Dan jika boleh mereka ingin agar TUhan memilih mereka melakukan sesuatu yang pada pendapat mereka , mereka boleh melakukannya. Tetapi apa yang difikirkan oleh Tuhan adalah jauh berbeza dengan tanggapan manusia. Manusia takut kerana sesuatu yang kelihatan mustahil tetapi bagi TUhan semuanya mungkin.

Jadi mengapa masih ragu-ragu apabila mendengar suara Tuhan yang menyuruh engkau pergi? Bukankah DIa sudah mengatakan bahwa Dia akan menyertai lidahmu dan mengajar engkau apa yang harus kau katakan?

Apa yang ada di tanganmu mungkin selama ini engkau tidak pernah peduli akan kegunaannya tetapi Tuhan melihat apa yang ada di tanganmu itu. Manusia selalu melihat apa yang dia mahu miliki tetapi Tuhan melihat apa yang telah kita miliki dan menggunakannya untuk kemuliaan nama-Nya.

Dengan demikian, sebatang tongkat yang biasa dan digunakan untuk menjaga domba-domba telah membelah lautan teberau kerana TUHAN TELAH MELIHAT APA YANG ADA DI TANGAN MUSA.

Sunday, October 18, 2009

kasih Bapa yang unggul!!!!!!!!!!!!!!!!

HATI BAPA

Apakah anda mengasihi bapa anda di dunia ini?...

Janganlah kita menjadi hipokrit di hadapan Bapa kita yang di syorga dengan mengatakan:
“ Bapa, aku mengasihi engkau.”
Bagaimanakah kiata dapat memanggil Dia bapa jika kita tidak merasakan sebenarnya kasih bapa itu.
Banyak orang punya pengalaman yang pahit dengan bapa mereka yang di bumi ini sehingga mereka tidak dapat memanggil Tuhan sebagai Bapa kerana apa yang ada di dalam hati mereka ialah seorang bapa di dunia yang selalu memarahi mereka dan mereka menyimpan kemarahan di dalam hati mereka terhadap bapa mereka.

Sebelum saya mengerti kasih Bapa, saya punya pengalaman yang membuatkan saya membenci bapa saya. Saya tidak mengasihi dia. Bahkan saya menganggap dia hanya sebagai sumber kewangan bagi saya sahaja. Saya terfikir jika dia tiada itu sangat baik dan aman di rumah. Akan tetapi, saya tidak mahu kehilangan dia kerana saya perlu dia untuk membiayai persekolahan saya kerana saya akan masuk kolej matrikulasi dan perlu biaya.

Namun, apabila Tuhan menjamah hati saya dengan kasihNya hati saya mulai berubah.
Saya belajar untuk mengampuni bapa saya. Meskipun pada mulanya hati saya sangat keras namun kerana saya tidak mahu mendukakan Roh kudus dan gerakan kasih Bapa dalam hati saya sangat kuat maka saya menyerahkan hati saya pada Yesus dengan doa:

“Bapa, saya mahu memanggil Engkau ‘Bapa’, tapi saya akui dalam hati saya ada perasaan tidak senang dengan bapa saya. Ampuni saya. Saya tidak berdaya tetapi Engkau kuat. Kuatkanlah hati saya untuk mengasihi bapa saya di bumi ini.”

Ia memakan masa yang lama tetapi kerana saya tidak mahu berpaling ke belakang lagi saya terus menerima setiap ajaran Bapa di syorga kerana kasihNya yang begitu besar sekali buat saya dan keluarga saya.

Apabila saya kembali ke rumah dari kolej, saya sangat mengasihi bapa saya. Saya bercakap dengan dia dan bergurau dengan dia. Tuhan telah membuang segala perasaan tidak senang itu dari hati saya.

Puji Tuhan kerana perbuatanNya. Bilamana kita berseru dan berdoa serta percaya sepenuhnya kepada Tuhan maka kita akan melihat pekerjaanNya yang luar biasa.
Kasihilah saudara-saudaramu dan taatilah ibubapamu (Lukas 10:27).

KASIH YESUS ADALAH UBAT BAGI SEGALA KEBENCIAN DI HATI KITA. DIA MENGUBAH HATI MEREKA YANG MAHU BERUBAH DAN BERSERAH PADANYA.

Kasih Bapa adalah menyerahkan anakNya yang tunggal untuk diseksa dan disalibkan oleh kita di dunia ini untuk menebus kita dari dosa. Menyucikan setiap kita supaya setiap yang percaya beroleh hidup yang kekal. Itulah cinta sejati yang unggul daripada Tuhan Allah kita yang pengasih...

Trima kasih Tuhan.. I love you Jesus...

DALAM KESESAKAN DIA ADA!!!!

ANUGERAH TERBESAR
Cinta kasih terbesar
Itu yang Kau nyatakan
Saat ku jauh Kau mendekat
Kau panggil ku sahabat
Anugerah yang terbesar
Itu yang Kau berikan
Saat ku jatuh Kau mengangkat
Kau pandang ku berharga..
Engkau menerima diriku seadanya
Tiada Engkau pinta apa yang tak kupunya
Perkara terindah bagiku ya Bapa
Engkau mengasihiku... sebagaimana ku ada...
Lagu ini dinyanyikan oleh Maria Shandi.
Pada waktu kita berada dalam waktu kesesakan alangkah indahnya jika ada suatu peribadi yang langsung tidak berganjak dari sisi kita meskipun kita seringkali lupa akan kehadiranNya. Pada waktu kita berada dalam kejatuhan kerana mengikut keinginan hati dan daging alangkah indahnya apabila ada peribadi yang berkata bahawa Dia tetap memandang kita berharga di mataNya. Itulah Yesus yang sentiasa walau apa jua keadaan kita. Kita adalah manusia lemah yang sangat memerlukan Yesus kerana kita tidak mungkin dapat berlari tanpa kekuatan daripada Yesus.
Walaupun berada dalam kesesakan berserulah kepadaNya kerana Dia sangat mengerti setiap apa pun yang kita alami. Jujurlah di hadapan Bapa kerana sebelum kita berdoa Dia sudah tahu apa yang kita ingin doakan. He is amazing....selamat diberkati.

Thursday, October 15, 2009

kasih Yesus

kasih Yesus indah indah oh indah...
lebih indah dari pelangi
lebih indah dari bintang di langit
lebih indah dari bunga di taman oh Yesusku....
carilah dahulu kerajaan Allah maka semuanya akan ditambahkan kepadamu...
saat ku tak berdaya Dia ada di sisiku
saat ku lemah Dia kuatkanku
saat ku tak mampu Dia melakukannya untukku
saat ku gelisah Dia menyenangkan hatiku
saat ku letih tanganNya menopangku
saat ku sendiri Dia ada menemaniku
dengan apa kan kubalas Tuhan
kasih setiaMu terlalu besar
kau tak pernah melupakan janjiMu
meskipun anakMu ini slalu melupakanMu
namun Engkau tetap setia
trima kasih Yesus
kerna tidak pernah meninggalkan diriku
trima kasih Yesus
kerna kasihMu yang besar
trima kasih Yesus
darahMu
menyucikanku setiap hari... dari dosa-dosaku..
i love you Lord...

Friday, October 9, 2009


DITOLAK ADALAH KEGEMBIRAAN....
Betapa sakitnya hati apabila kita tidak diterima dalam apa juga yang kita lakukan. Dalam pelayanan ini juga Bapa mengajar sesuatu yang sangat sakit tetapi sebenarnya itu adalah kebahagiaan yang sejati kerana kita mengambil bahagian dalam penderitaan Yesus. Kerna Yesus telah mengatakan anak-anak-NYa akan ditolak oleh dunia kerana Yesus sendiri telah ditolak oleh dunia. Dunia ini tidak dapat menerima pekerjaan Roh Allah. Yoh 15:18.
Betapa hatiku bersukacita apabila ditolak kerana ku tahu Yesus telah ditolak terlebih dahulu. Bukan saya yang ditolak tetapi Yesus. Saya hanya alatNya yang digunakan sesuka hati apabila perlu. Terima kasih Bapa kerana sentiasa berada di sisiku setiap waktu. Semakin saya bergiat dalam pelayanan ini saya tahu saya akan semakin ditolak. Dan Roh Kudus mengingatkan saya bahawa ini cuma permulaan dan akan ada lebih banyak penderitaan dan penolakan yang akan saya alami. Namun biarlah Roh Allah yang kuat meneguhkan dan menguatkan hati saya setiap waktu kerana Yesus sudah mengalahkan dunia!... yoh 16:33.
APABILA BERADA DALAM KEADAAN YANG SUKAR....
Apa yang kita lakukan apabila tiba-tiba kita jatuh dalam suatu masalah?.. perkara utama yang saya lakukan adalah berdoa supaya apapun keadaan saya dan masalah saya biarlah semuanya dalam tangan Dia dan saya mahu diri saya dikuasai oleh Roh kudus pada ketika itu. Walaupun ketika itu saya berasa sangat takut dan risau tapi saya tidak mahu hilang penguasaan diri hingga member kesempatan kepada iblis untuk menjatuhkan iman saya kerana saya percaya hidup saya sejak dari mulanya sudah dalam tangan Bapa yang maha kuasa maka iblis tidak berkuasa atas saya setelah saya berserah sepenuhnay pada Yesus Kristus.
Pada hari ini, saya diajar untuk tetap tenang dan tinggal diam dan mendengar suaraNya dalam suasana yang sukar. Saya telah terlupa computer bimbit di kafe perpustakaan. Saya hanya teringat tepat setelah saya turun dari bas ke bilik. Saat itu, saya terus berdoa dalam hati supaya Tuhan yang menguasai fikiran saya dan supaya saya tidak membiarkan kerisauan menguasai diri saya. Saat itu ada suatu suara kecil dalam hati saya yang mengatakan bahawa saya tidak perlu risau dan tidak usah terburu-buru mencari computer peribadi saya kerana sudah ada dalam jagaan seseorang. Namun perasaan risau tidak berhenti-henti menyerang fikiran saya. Namun pada masa yang sama saya juga seperti malas untuk mencarinya kembali namun kerana ia adalah penting untuk kerja saya pada esok hari maka saya pergi mencarinya juga. Dan saya memang menemukannya dalam jagaan orang di pejabat kafe itu.
Saat itu, ucapan syukur tidak berhenti-henti mengalir dari dalam hati saya. Sehingga saya bertanya pada Tuhan, apakah yang ingin Engkau sampaikan melalui semua ini, Bapa?
Saat itu.. saya sedar dalam keadaan terdesak seperti itu Bapa mengajar supaya saya tinggal tenang dan percaya pada suaraNya di dalam hati saya. Dalam hal ini juga saya belajar pada waktu yang genting sangat penting untuk kita menguasai diri kita supaya tidak jatuh dalam perangkap iblis. Ini juga mengajar saya untuk lebih tekun dan berhati-hati dalam doa dan kehendak hati saya sendiri supaya dalam segala hal saya harus membiarkan kehendak Tuhan yang terjadi. Terima kasih Bapa kerana ajaranMu...

Betapa sangat terharu apabila pada saat-saat yang letih dan bingung Bapa berkata: Aku menyertai engkau selamanya hingga akhir zaman. Firman-Nya terlalu hidup sehingga menghancurkan hati yang membaca kerana terlalu merasakan kasih-Nya yang terlalu besar. Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata manusia.. alangkah baiknya jika kasih ini dirasai oleh semua orang yang tidak pernah mendengar tentang Dia.
Yesus hidup!!!... firman-Nya sahaja sudah membuktikan bahawa Dia HIdup!..
HAUS DAN LAPAR AKAN TUHAN SETIAP SAAT....
Pernahkah anda merasa sangat rindu dan haus akan firman Tuhan? Sehingga memandang bible itu seperti memandang suatu makanan yang sangat lazat dan sukar didapati di mana-mana. Setiap saat hatiku hancur kerana terlalu rindu akan Yesus. Setiap saat semakin dalam perasaan cinta pada Yesus sehingga hidup ini tidak bermakna jika tidak bersama Dia. Seperti rusa yang merindukan air, seperti tanah kering yang rindu titisan air dan sangat hancur jiwaku kerana terlalu cinta akan firman-Nya yang hidup. Firman Bapa seperti adalah makanan yang hidup!.. sumber kekuatan yang abadi.
Saya berdoa supaya setiap orang punya kerinduan yang sangat dalam pada Yesus. Kerna saya percaya kerinduan dalam hati saya ini tidak dapat dibandingkan dengan kerinduan Bapa terhadap anak-anakNya. Bahkan kerinduan ini Bapa letakkan dalam hati menunjukkan betapa cintanya Yesus pada kita semua anak-anakNya. Kita disebut oleh BApa sebagai anak-anakKu yang KUkasihi...wah.. betapa indah panggilan Bapa terhadap kita.. sangat istimewa.
Yesus... jiwaku terlalu hancur kerana Engkau... Jesus i love You!!!!!!!............ jadikanlah Yesus cinta pertamamu dan tidak akan sesekali kecewa kerana cintaNya abadi selam-lamanya..
Datanglah kepada-Ku hai kamu yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberikan kelegaan kepadamu..mat 11:28.

Thursday, October 8, 2009

Yesus ada dan Dia HIDUP!!!
Oh Tuhan.. pimpinlah anak-Mu ini untuk melakukan kehendak-Mu sahaja ya Bapa. Tudungi aku ya Bapa dengan darah-MU tiap waktu.. Jesus is alive!!!...
Sejauh manakah saya percaya bahawa Dia benar- benar hidup?... dalam nafas ini pun sudah ada Roh kudus yang sangat nyata. Betapa indah hidup dalam persekutuan dengan Roh kudus setiap hari. Bapa sangat prihatin pada saya. Dia menunjukkan kasih-Nya yang tidak terhingga dengan mukjizat yang sangat nyata tiap hari. Mintalah Roh kudus membuka mata rohani kita untuk melihat perbuatan Bapa yang indah tiap hari. Pada minggu ini, saya punya sangat banyak kerja atau assignment. Sehingga tidak cukup tidur hanya untuk menyiapkan assignment itu sahaja. Tapi, Bapa berjanji bahawa Dia menyertai kita selama-lamanya sampai akhir zaman dan roh penghibur itu telah Dia berikan pada tiap kita yang percaya kepada-Nya.
Tidak ada yang terlalu sukar bagi Bapa bahkan hal yang terkecil pun Dia mahu mencampuri dalam hidup kita. Bagi saya Bapa ku yang di syurga adalah segalanya. Tempat mengadu semuanya bahkan hal terkecil seperti assignment ini. Dan meskipun iblis cuba membuat ianya kelihatan mustahil namun dengan kuasa doa Bapa meneguhkan hati dan memberi kekuatan yang luar biasa. Mudah sahaja.. dengan berseru kepada Dia pada bila-bila masa. Bapa sendiri telah mengatakan melalui firman-Nya bahawa sesiapa yang berseru dan meminta dalam nama-Nya akan mendapat. (yoh 16:24).
Itu adalah janji-Nya dan Allah setia pada janji-Nya. Maka hal ini saya pegang dan kemudiannya Bapa menunjukkan kemuliaan-Nya yang nyata. Lebih dari yang saya fikirkan dan jauh lebih banyak daripada yang saya minta. (efe 3:20-21). Segalanya siap tepat pada waktunya. Hanya ucapan syukur yang tidak terhingga yang dapat saya berikan kepada Bapa. Jesus betapa ku mencintai Engkau....

Tuhan pasti sanggup...He will...


kuatkanlah hatimu..lewati setiap persoalan.. TUhan YESUS slalu menopangmu.. jgn berhenti harap padaNYA..Tuhan pasti sanggup!!!!!!....

Dunno wat 2 say..

i woke up so early 2day.. then i get started wif my DAy wif a pray..

''LORD JEsus.. please lead me 2day.. wherever i go, walk..talk to.. lead me..''

Tuhan pasti sanggup...
hav a nice day....
start 2day wif rejoice.....