Saturday, October 31, 2009

KORBAN YANG SEMPURNA DI HADAPAN BAPA...

Apabila kita berdosa dan melakukan sesuatu yang menyakitkan hati Bapa, kita datang kepada Bapa untuk meminta pengampunan.

“ berbicaralah kepada orang Israel dan katakan kepada mereka: apabila seorang di antaramu hendak mempersembahkan persembahan kepada Tuhan, haruslah persembahanmu yang kamu persembahkan itu dari ternak, yakni dari lembu sapi atau dari kambing domba.” Imamat 1:2.

Lalu ia harus meletakkan tangannya ke atas kepala korban bakaran itu, sehingga baginya persembahan bakaran itu diperkenan untuk mengadakan pendamaian bagi dia. Imamat 1:4.

Anak domba itu yang member pendamaian bagi kita dengan Bapa sebenarnya adalah Yesus sendiri. Kita menyalibkan Dia untuk mendapat pendamaian dengan Bapa. Dia yang mendamaikan kita dengan Bapa adalah anak tunggal Bapa sendiri untuk kita semua. Terima kasih Bapa... setiap kali kita berbuat dosa dan datang kepada Bapa untuk memohon pengampunan setiap kali itu juga kita telah menyalibkan Yesus kembali untuk mencurahkan darah-Nya dan memberi pendamaian dengan Bapa.

Dialah Yesus Raja Damai kita yang kekal selama-lamanya. I love you Jesus...
Janganlah kita menyakiti Roh kudus yang tinggal di dalam hati kita. Suara kecil yang lemah lembut di dalam hati kita yang selalu menafsirkan firman-Nya dan menyedarkan kita sentiasa dan member kita damai sejahtera. Janganlah abaikan Dia di dalam hatimu. Dia adalah suatu peribadi yang sensitif dan mudah disakiti. Jagalah kekudusan hatimu senantiasa. Jesus terlalu mengasihi anda semua.

Berilah segalanya kepada Dia bahkan yang paling berharga sekalipun di dalam hatimu. Dia layak menerima semua itu. Tuhan Yesus sanggup dan sentiasa membuka tangan-Nya menanti engkau datang kembali kepada Dia.

HUBUNGAN YANG INTIM DENGAN TUHAN=BAPA

Setiap hari mengejar kekudusan dan mengejar keintiman dengan Bapa. Apa yang saya belajar daripada kejatuhan saya sebelum ini adalah buanglah sebelum akarnya menjadi kuat. Sebelum ini kerana lalai dalam hal berdoa saya telah jatuh sehingga mulai meletakkan Yesus di tempat yang belakang sekali dalam hidup saya. Saya mulai kehilangan keintiman dengan Bapa kerana hal yang kecil iaitu lalai berdoa. Saya melayan perasaan malas di dalam hati dan sangat sibuk dengan kerja lain. Sehingga saya tidak sedar saya sedang member ruang kepada iblis untuk menyelinap masuk dalam kehidupan saya secara halus. Saya mulai jarang berdoa dan hilang ‘connection’ secara spiritual dengan Bapa.

Bahkan mata dan hati saya tidak dapat menerima apa yang tertulis di dalam alkitab dan saya mulai membenci, iri hati dan menyimpan prasangka terhadap sahabat-sahabat yang lain. Saya juga cuba datang kepada Bapa dengan kekuatan saya sendiri dan tidak mahu mmeberitahu sesiapa pun apa yang saya alami di dalam sebenarnya. Sifat hipokrit dan kesombongan itu menyerang sehingga tidak ada damai sejahtera lagi dan lupa akan hubungan yang intim dengan Tuhan.

Namun, kerana Roh kudus telah menanamkan kerinduan dalam hati saya sehingga ada suara hati yang menangis memanggil nama Bapa di syurga. Suatu kehilangan yang sangat besar dan memberitahu saya bahawa belum terlambat lagi. Bapa masih tetap mengasihi saya meskipun saya mengabaikan Dia dan tidak mahu mendengar-Nya.

Kerinduan yang besar akhirnya menggerakkan hati saya untuk mengongsikan dan melepaskan apa yang saya alami dengan sahabat-sahabat untuk meminta bantuan doa kerana selama itu saya ego untuk tidak mahu memberitahu mereka supaya mereka melihat saya seorang yang kuat di dalam Tuhan. Bapa sangat mengajar kerendahan hati itu dan saya harus merelakan hati saya ini untuk menerima ajaran dan setiap teguran-Nya.
Saya harus merendahkan diri dan mengakui segala kesilapan saya serta rela hati untuk ditegur meskipun sangat menyakitkan.

Saya hanya mampu berkata: “ Bapa, milik engkaulah hati ini. Bentuklah sesuai dengan kehendak-Mu dan kuatkanlah hati saya menghadapi semua teguran ini supaya saya mempunyai kerendahan hati seperti Engkau. Saya tidak mmapu melakukan semua ini. Ampuni saya kerana selalu meragui janji-Mu.”

Relakanlah hatimu untuk dibentuk oleh Bapa. Meskipun sangat menyakitkan tapi damai sejahtera yang engkau terima tidak dapat digambarkan.

Berikanlah hatimu setiap hari kepada Tuhan kerana Dia lebih tahu bagaimana hatimu sebenarnya.

Berdiam dirilah di hadapan Tuhan dan biar Dia berbicara dengan engkau

Sunday, October 25, 2009

COME TO HIM WITH ALL YOU HEART...

“ now, therefore,” says the LORD,
Turn to Me with all your heart,
With fasting, with weeping, and with mourning.”
So rend your heart, and not your garments,
Return to the LORD your God,
For He is gracious and merciful,
Slow to anger, and of great kindness;
And He relents from doing harm.
Who knows if He will turn and relent,
And leave a blessing behind Him. (joel 2:12-14a)

Blow the trumpet in Zion,
Consecrate a fast,
Call a sacred assembly;
Gather the people,
Sanctify the congregation,
Assemble the elders. (joel 2:15-16a)

Kembalilah kepada-KU...inilah hati BApa kepada kita semua. Bukan kembali dengan separuh ahti tapi dengan SEGENAP HATIMU...

Apa yang paling berharga bagi dirimu? Sanggupkah engkau memberikan itu kepada Bapa di syorga?

Berilah segalanya kepada Dia yang telah menyerahkan anak-Nya yang tunggal untuk mati di kayu salib dan menebus kita daripada dosa kita. Kita tidak lagi tertakluk pada dosa tapi pada perjanjian yang baru iaitu Yesus yang telah mati bagi kita dan siapa yang percaya akan menerima hidup yang kekal.

Berilah hidupmu pada Yesus. BERILAH DENGAN SEGENAP HATIMU DAN JANGANLAH BERPALING LAGI KE BELAKANG UNTUK MELIHAT TEMAN-TEMANMU, KELUARGAMU, ATAU SIAPAPUN ATAU APAPUN DI MASA LALUMU YANG MENGHALANG ENGKAU DATANG KEPADA-NYA.

DIA MENANTI ENGKAU DENGAN TANGAN-NYA YANG TERBUKA BAHKAN SEKALI ENGKAU MENGAKUI DOSAMU DAN MEMOHON PENGAMPUNAN, DIA TIDAK LAGI MELIHAT SEDIKIT PUN DARIPADA DOSAMU ITU TETAPI MENERIMA ENGKAU DAN MENGADAKAN PERJAMUAN UNTUK MERAIHKAN KEPULANGANMU.
KEMBALILAH KEPADA BAPA KERANA DIA MENANTI ENGKAU SETIAP WAKTU DI PINTU HATIMU...

SEMUANYA HANYA UNTUK YESUS...