Saturday, October 24, 2009

WANT OR NOT? UP TO YOU...

Tuhan Yesus berkata bahawa sebelum kita dibentuk dalam rahim ibu kita, Dia sudah mengenal kita bahkan telah menguduskan dan menetapkan kita untuk menjadi nabi bagi bangsa-bangsa. Yer 1:5.

Dia telah memilih kita sebelum kita dilahirkan. Apabila Tuhan menampakkan diri kepada Musa pada pertama kalinya kerana mendengar seruan orang Israel yang menderita ditindas oleh Firaun di mesir, Musa telah menolak untuk dipanggil kerana dia melihat keterbatasan dirinya sendiri tapi bukan melihat Tuhan yang telah menukarkan tongkatnya kepada ular. Bahkan Tuhan menunjukkan lagi mukjizat di mana tangan Musa terkena penyakit kusta namun Musa masih lagi ragu-ragu dengan dirinya.

Pertama, Tuhan berkata kepada Musa ialah: (kel3:10) “jadi sekarang, pergilah, Aku mengutus engkau kepada Firaun untuk membawa umat-Ku, orang Israel untuk keluar dari mesir”

Tapi musa melihat keterbatasan dirinya dengan berkata: siapakah aku ini?
TUhan berkata: “ bukankah Aku akan menyertai engkau?”

Tuhan tidak memilih kita untuk melakukan pekerjaanNya tanpa Dia. Kerana kita Cuma alat-Nya yang melakukan hal itu tetapi sebenarnya Dialah yang bekerja di dalam kita. Dia telah MEMILIH KITA SEBAGAI ALAT.

Musa melihat keterbatasannya sebagai seorang yang tidak tahu berkata-kata tetapi Tuhan menegaskan: “ siapakah yang membuat lidah manusia, siapakah yang membuat orang bisu atau tuli, membuat orang melihat atau buta, bukankah Aku, yakni TUhan? Oleh sebab itu, pergilah, Aku akan menyertai lidahmu dan mengajar engkau, apa ynag harus kau katakan”

Pada saat ini, Tuhan menyuruh engkau untuk PERGI kerana DIA yang MENYERTAI ENGKAU DAN MELETAKKAN PERKATAAN DI MULUTMU!

Tetapi musa berkata : ah, Tuhan, utuslah kiranya siapa saja yang patut Kau utus”
TUhan murka pada Musa dan memillih Harun untuk menjadi orang yang berkata-kata selain Musa.

Banyak orang yang mahu dipilih oleh Tuhan dan berkobar-kobar supaya TUhan memakai mereka, tetapi seringkali apabila Tuhan menyuruh mereka pergi, mereka berkata: ah, Tuhan, utuslah kiranya siapa saja yang patut KAu utus.
Mengapa begitu?

Kerana melihat kekurangan yang ada pada diri mereka. Dan jika boleh mereka ingin agar TUhan memilih mereka melakukan sesuatu yang pada pendapat mereka , mereka boleh melakukannya. Tetapi apa yang difikirkan oleh Tuhan adalah jauh berbeza dengan tanggapan manusia. Manusia takut kerana sesuatu yang kelihatan mustahil tetapi bagi TUhan semuanya mungkin.

Jadi mengapa masih ragu-ragu apabila mendengar suara Tuhan yang menyuruh engkau pergi? Bukankah DIa sudah mengatakan bahwa Dia akan menyertai lidahmu dan mengajar engkau apa yang harus kau katakan?

Apa yang ada di tanganmu mungkin selama ini engkau tidak pernah peduli akan kegunaannya tetapi Tuhan melihat apa yang ada di tanganmu itu. Manusia selalu melihat apa yang dia mahu miliki tetapi Tuhan melihat apa yang telah kita miliki dan menggunakannya untuk kemuliaan nama-Nya.

Dengan demikian, sebatang tongkat yang biasa dan digunakan untuk menjaga domba-domba telah membelah lautan teberau kerana TUHAN TELAH MELIHAT APA YANG ADA DI TANGAN MUSA.

Sunday, October 18, 2009

kasih Bapa yang unggul!!!!!!!!!!!!!!!!

HATI BAPA

Apakah anda mengasihi bapa anda di dunia ini?...

Janganlah kita menjadi hipokrit di hadapan Bapa kita yang di syorga dengan mengatakan:
“ Bapa, aku mengasihi engkau.”
Bagaimanakah kiata dapat memanggil Dia bapa jika kita tidak merasakan sebenarnya kasih bapa itu.
Banyak orang punya pengalaman yang pahit dengan bapa mereka yang di bumi ini sehingga mereka tidak dapat memanggil Tuhan sebagai Bapa kerana apa yang ada di dalam hati mereka ialah seorang bapa di dunia yang selalu memarahi mereka dan mereka menyimpan kemarahan di dalam hati mereka terhadap bapa mereka.

Sebelum saya mengerti kasih Bapa, saya punya pengalaman yang membuatkan saya membenci bapa saya. Saya tidak mengasihi dia. Bahkan saya menganggap dia hanya sebagai sumber kewangan bagi saya sahaja. Saya terfikir jika dia tiada itu sangat baik dan aman di rumah. Akan tetapi, saya tidak mahu kehilangan dia kerana saya perlu dia untuk membiayai persekolahan saya kerana saya akan masuk kolej matrikulasi dan perlu biaya.

Namun, apabila Tuhan menjamah hati saya dengan kasihNya hati saya mulai berubah.
Saya belajar untuk mengampuni bapa saya. Meskipun pada mulanya hati saya sangat keras namun kerana saya tidak mahu mendukakan Roh kudus dan gerakan kasih Bapa dalam hati saya sangat kuat maka saya menyerahkan hati saya pada Yesus dengan doa:

“Bapa, saya mahu memanggil Engkau ‘Bapa’, tapi saya akui dalam hati saya ada perasaan tidak senang dengan bapa saya. Ampuni saya. Saya tidak berdaya tetapi Engkau kuat. Kuatkanlah hati saya untuk mengasihi bapa saya di bumi ini.”

Ia memakan masa yang lama tetapi kerana saya tidak mahu berpaling ke belakang lagi saya terus menerima setiap ajaran Bapa di syorga kerana kasihNya yang begitu besar sekali buat saya dan keluarga saya.

Apabila saya kembali ke rumah dari kolej, saya sangat mengasihi bapa saya. Saya bercakap dengan dia dan bergurau dengan dia. Tuhan telah membuang segala perasaan tidak senang itu dari hati saya.

Puji Tuhan kerana perbuatanNya. Bilamana kita berseru dan berdoa serta percaya sepenuhnya kepada Tuhan maka kita akan melihat pekerjaanNya yang luar biasa.
Kasihilah saudara-saudaramu dan taatilah ibubapamu (Lukas 10:27).

KASIH YESUS ADALAH UBAT BAGI SEGALA KEBENCIAN DI HATI KITA. DIA MENGUBAH HATI MEREKA YANG MAHU BERUBAH DAN BERSERAH PADANYA.

Kasih Bapa adalah menyerahkan anakNya yang tunggal untuk diseksa dan disalibkan oleh kita di dunia ini untuk menebus kita dari dosa. Menyucikan setiap kita supaya setiap yang percaya beroleh hidup yang kekal. Itulah cinta sejati yang unggul daripada Tuhan Allah kita yang pengasih...

Trima kasih Tuhan.. I love you Jesus...

DALAM KESESAKAN DIA ADA!!!!

ANUGERAH TERBESAR
Cinta kasih terbesar
Itu yang Kau nyatakan
Saat ku jauh Kau mendekat
Kau panggil ku sahabat
Anugerah yang terbesar
Itu yang Kau berikan
Saat ku jatuh Kau mengangkat
Kau pandang ku berharga..
Engkau menerima diriku seadanya
Tiada Engkau pinta apa yang tak kupunya
Perkara terindah bagiku ya Bapa
Engkau mengasihiku... sebagaimana ku ada...
Lagu ini dinyanyikan oleh Maria Shandi.
Pada waktu kita berada dalam waktu kesesakan alangkah indahnya jika ada suatu peribadi yang langsung tidak berganjak dari sisi kita meskipun kita seringkali lupa akan kehadiranNya. Pada waktu kita berada dalam kejatuhan kerana mengikut keinginan hati dan daging alangkah indahnya apabila ada peribadi yang berkata bahawa Dia tetap memandang kita berharga di mataNya. Itulah Yesus yang sentiasa walau apa jua keadaan kita. Kita adalah manusia lemah yang sangat memerlukan Yesus kerana kita tidak mungkin dapat berlari tanpa kekuatan daripada Yesus.
Walaupun berada dalam kesesakan berserulah kepadaNya kerana Dia sangat mengerti setiap apa pun yang kita alami. Jujurlah di hadapan Bapa kerana sebelum kita berdoa Dia sudah tahu apa yang kita ingin doakan. He is amazing....selamat diberkati.