Saturday, October 24, 2009

WANT OR NOT? UP TO YOU...

Tuhan Yesus berkata bahawa sebelum kita dibentuk dalam rahim ibu kita, Dia sudah mengenal kita bahkan telah menguduskan dan menetapkan kita untuk menjadi nabi bagi bangsa-bangsa. Yer 1:5.

Dia telah memilih kita sebelum kita dilahirkan. Apabila Tuhan menampakkan diri kepada Musa pada pertama kalinya kerana mendengar seruan orang Israel yang menderita ditindas oleh Firaun di mesir, Musa telah menolak untuk dipanggil kerana dia melihat keterbatasan dirinya sendiri tapi bukan melihat Tuhan yang telah menukarkan tongkatnya kepada ular. Bahkan Tuhan menunjukkan lagi mukjizat di mana tangan Musa terkena penyakit kusta namun Musa masih lagi ragu-ragu dengan dirinya.

Pertama, Tuhan berkata kepada Musa ialah: (kel3:10) “jadi sekarang, pergilah, Aku mengutus engkau kepada Firaun untuk membawa umat-Ku, orang Israel untuk keluar dari mesir”

Tapi musa melihat keterbatasan dirinya dengan berkata: siapakah aku ini?
TUhan berkata: “ bukankah Aku akan menyertai engkau?”

Tuhan tidak memilih kita untuk melakukan pekerjaanNya tanpa Dia. Kerana kita Cuma alat-Nya yang melakukan hal itu tetapi sebenarnya Dialah yang bekerja di dalam kita. Dia telah MEMILIH KITA SEBAGAI ALAT.

Musa melihat keterbatasannya sebagai seorang yang tidak tahu berkata-kata tetapi Tuhan menegaskan: “ siapakah yang membuat lidah manusia, siapakah yang membuat orang bisu atau tuli, membuat orang melihat atau buta, bukankah Aku, yakni TUhan? Oleh sebab itu, pergilah, Aku akan menyertai lidahmu dan mengajar engkau, apa ynag harus kau katakan”

Pada saat ini, Tuhan menyuruh engkau untuk PERGI kerana DIA yang MENYERTAI ENGKAU DAN MELETAKKAN PERKATAAN DI MULUTMU!

Tetapi musa berkata : ah, Tuhan, utuslah kiranya siapa saja yang patut Kau utus”
TUhan murka pada Musa dan memillih Harun untuk menjadi orang yang berkata-kata selain Musa.

Banyak orang yang mahu dipilih oleh Tuhan dan berkobar-kobar supaya TUhan memakai mereka, tetapi seringkali apabila Tuhan menyuruh mereka pergi, mereka berkata: ah, Tuhan, utuslah kiranya siapa saja yang patut KAu utus.
Mengapa begitu?

Kerana melihat kekurangan yang ada pada diri mereka. Dan jika boleh mereka ingin agar TUhan memilih mereka melakukan sesuatu yang pada pendapat mereka , mereka boleh melakukannya. Tetapi apa yang difikirkan oleh Tuhan adalah jauh berbeza dengan tanggapan manusia. Manusia takut kerana sesuatu yang kelihatan mustahil tetapi bagi TUhan semuanya mungkin.

Jadi mengapa masih ragu-ragu apabila mendengar suara Tuhan yang menyuruh engkau pergi? Bukankah DIa sudah mengatakan bahwa Dia akan menyertai lidahmu dan mengajar engkau apa yang harus kau katakan?

Apa yang ada di tanganmu mungkin selama ini engkau tidak pernah peduli akan kegunaannya tetapi Tuhan melihat apa yang ada di tanganmu itu. Manusia selalu melihat apa yang dia mahu miliki tetapi Tuhan melihat apa yang telah kita miliki dan menggunakannya untuk kemuliaan nama-Nya.

Dengan demikian, sebatang tongkat yang biasa dan digunakan untuk menjaga domba-domba telah membelah lautan teberau kerana TUHAN TELAH MELIHAT APA YANG ADA DI TANGAN MUSA.

No comments:

Post a Comment