Sunday, October 18, 2009

kasih Bapa yang unggul!!!!!!!!!!!!!!!!

HATI BAPA

Apakah anda mengasihi bapa anda di dunia ini?...

Janganlah kita menjadi hipokrit di hadapan Bapa kita yang di syorga dengan mengatakan:
“ Bapa, aku mengasihi engkau.”
Bagaimanakah kiata dapat memanggil Dia bapa jika kita tidak merasakan sebenarnya kasih bapa itu.
Banyak orang punya pengalaman yang pahit dengan bapa mereka yang di bumi ini sehingga mereka tidak dapat memanggil Tuhan sebagai Bapa kerana apa yang ada di dalam hati mereka ialah seorang bapa di dunia yang selalu memarahi mereka dan mereka menyimpan kemarahan di dalam hati mereka terhadap bapa mereka.

Sebelum saya mengerti kasih Bapa, saya punya pengalaman yang membuatkan saya membenci bapa saya. Saya tidak mengasihi dia. Bahkan saya menganggap dia hanya sebagai sumber kewangan bagi saya sahaja. Saya terfikir jika dia tiada itu sangat baik dan aman di rumah. Akan tetapi, saya tidak mahu kehilangan dia kerana saya perlu dia untuk membiayai persekolahan saya kerana saya akan masuk kolej matrikulasi dan perlu biaya.

Namun, apabila Tuhan menjamah hati saya dengan kasihNya hati saya mulai berubah.
Saya belajar untuk mengampuni bapa saya. Meskipun pada mulanya hati saya sangat keras namun kerana saya tidak mahu mendukakan Roh kudus dan gerakan kasih Bapa dalam hati saya sangat kuat maka saya menyerahkan hati saya pada Yesus dengan doa:

“Bapa, saya mahu memanggil Engkau ‘Bapa’, tapi saya akui dalam hati saya ada perasaan tidak senang dengan bapa saya. Ampuni saya. Saya tidak berdaya tetapi Engkau kuat. Kuatkanlah hati saya untuk mengasihi bapa saya di bumi ini.”

Ia memakan masa yang lama tetapi kerana saya tidak mahu berpaling ke belakang lagi saya terus menerima setiap ajaran Bapa di syorga kerana kasihNya yang begitu besar sekali buat saya dan keluarga saya.

Apabila saya kembali ke rumah dari kolej, saya sangat mengasihi bapa saya. Saya bercakap dengan dia dan bergurau dengan dia. Tuhan telah membuang segala perasaan tidak senang itu dari hati saya.

Puji Tuhan kerana perbuatanNya. Bilamana kita berseru dan berdoa serta percaya sepenuhnya kepada Tuhan maka kita akan melihat pekerjaanNya yang luar biasa.
Kasihilah saudara-saudaramu dan taatilah ibubapamu (Lukas 10:27).

KASIH YESUS ADALAH UBAT BAGI SEGALA KEBENCIAN DI HATI KITA. DIA MENGUBAH HATI MEREKA YANG MAHU BERUBAH DAN BERSERAH PADANYA.

Kasih Bapa adalah menyerahkan anakNya yang tunggal untuk diseksa dan disalibkan oleh kita di dunia ini untuk menebus kita dari dosa. Menyucikan setiap kita supaya setiap yang percaya beroleh hidup yang kekal. Itulah cinta sejati yang unggul daripada Tuhan Allah kita yang pengasih...

Trima kasih Tuhan.. I love you Jesus...

No comments:

Post a Comment