Friday, October 9, 2009

Betapa sangat terharu apabila pada saat-saat yang letih dan bingung Bapa berkata: Aku menyertai engkau selamanya hingga akhir zaman. Firman-Nya terlalu hidup sehingga menghancurkan hati yang membaca kerana terlalu merasakan kasih-Nya yang terlalu besar. Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata manusia.. alangkah baiknya jika kasih ini dirasai oleh semua orang yang tidak pernah mendengar tentang Dia.
Yesus hidup!!!... firman-Nya sahaja sudah membuktikan bahawa Dia HIdup!..
HAUS DAN LAPAR AKAN TUHAN SETIAP SAAT....
Pernahkah anda merasa sangat rindu dan haus akan firman Tuhan? Sehingga memandang bible itu seperti memandang suatu makanan yang sangat lazat dan sukar didapati di mana-mana. Setiap saat hatiku hancur kerana terlalu rindu akan Yesus. Setiap saat semakin dalam perasaan cinta pada Yesus sehingga hidup ini tidak bermakna jika tidak bersama Dia. Seperti rusa yang merindukan air, seperti tanah kering yang rindu titisan air dan sangat hancur jiwaku kerana terlalu cinta akan firman-Nya yang hidup. Firman Bapa seperti adalah makanan yang hidup!.. sumber kekuatan yang abadi.
Saya berdoa supaya setiap orang punya kerinduan yang sangat dalam pada Yesus. Kerna saya percaya kerinduan dalam hati saya ini tidak dapat dibandingkan dengan kerinduan Bapa terhadap anak-anakNya. Bahkan kerinduan ini Bapa letakkan dalam hati menunjukkan betapa cintanya Yesus pada kita semua anak-anakNya. Kita disebut oleh BApa sebagai anak-anakKu yang KUkasihi...wah.. betapa indah panggilan Bapa terhadap kita.. sangat istimewa.
Yesus... jiwaku terlalu hancur kerana Engkau... Jesus i love You!!!!!!!............ jadikanlah Yesus cinta pertamamu dan tidak akan sesekali kecewa kerana cintaNya abadi selam-lamanya..
Datanglah kepada-Ku hai kamu yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberikan kelegaan kepadamu..mat 11:28.

No comments:

Post a Comment