Thursday, October 8, 2009

Yesus ada dan Dia HIDUP!!!
Oh Tuhan.. pimpinlah anak-Mu ini untuk melakukan kehendak-Mu sahaja ya Bapa. Tudungi aku ya Bapa dengan darah-MU tiap waktu.. Jesus is alive!!!...
Sejauh manakah saya percaya bahawa Dia benar- benar hidup?... dalam nafas ini pun sudah ada Roh kudus yang sangat nyata. Betapa indah hidup dalam persekutuan dengan Roh kudus setiap hari. Bapa sangat prihatin pada saya. Dia menunjukkan kasih-Nya yang tidak terhingga dengan mukjizat yang sangat nyata tiap hari. Mintalah Roh kudus membuka mata rohani kita untuk melihat perbuatan Bapa yang indah tiap hari. Pada minggu ini, saya punya sangat banyak kerja atau assignment. Sehingga tidak cukup tidur hanya untuk menyiapkan assignment itu sahaja. Tapi, Bapa berjanji bahawa Dia menyertai kita selama-lamanya sampai akhir zaman dan roh penghibur itu telah Dia berikan pada tiap kita yang percaya kepada-Nya.
Tidak ada yang terlalu sukar bagi Bapa bahkan hal yang terkecil pun Dia mahu mencampuri dalam hidup kita. Bagi saya Bapa ku yang di syurga adalah segalanya. Tempat mengadu semuanya bahkan hal terkecil seperti assignment ini. Dan meskipun iblis cuba membuat ianya kelihatan mustahil namun dengan kuasa doa Bapa meneguhkan hati dan memberi kekuatan yang luar biasa. Mudah sahaja.. dengan berseru kepada Dia pada bila-bila masa. Bapa sendiri telah mengatakan melalui firman-Nya bahawa sesiapa yang berseru dan meminta dalam nama-Nya akan mendapat. (yoh 16:24).
Itu adalah janji-Nya dan Allah setia pada janji-Nya. Maka hal ini saya pegang dan kemudiannya Bapa menunjukkan kemuliaan-Nya yang nyata. Lebih dari yang saya fikirkan dan jauh lebih banyak daripada yang saya minta. (efe 3:20-21). Segalanya siap tepat pada waktunya. Hanya ucapan syukur yang tidak terhingga yang dapat saya berikan kepada Bapa. Jesus betapa ku mencintai Engkau....

No comments:

Post a Comment