Friday, October 9, 2009

DITOLAK ADALAH KEGEMBIRAAN....
Betapa sakitnya hati apabila kita tidak diterima dalam apa juga yang kita lakukan. Dalam pelayanan ini juga Bapa mengajar sesuatu yang sangat sakit tetapi sebenarnya itu adalah kebahagiaan yang sejati kerana kita mengambil bahagian dalam penderitaan Yesus. Kerna Yesus telah mengatakan anak-anak-NYa akan ditolak oleh dunia kerana Yesus sendiri telah ditolak oleh dunia. Dunia ini tidak dapat menerima pekerjaan Roh Allah. Yoh 15:18.
Betapa hatiku bersukacita apabila ditolak kerana ku tahu Yesus telah ditolak terlebih dahulu. Bukan saya yang ditolak tetapi Yesus. Saya hanya alatNya yang digunakan sesuka hati apabila perlu. Terima kasih Bapa kerana sentiasa berada di sisiku setiap waktu. Semakin saya bergiat dalam pelayanan ini saya tahu saya akan semakin ditolak. Dan Roh Kudus mengingatkan saya bahawa ini cuma permulaan dan akan ada lebih banyak penderitaan dan penolakan yang akan saya alami. Namun biarlah Roh Allah yang kuat meneguhkan dan menguatkan hati saya setiap waktu kerana Yesus sudah mengalahkan dunia!... yoh 16:33.
APABILA BERADA DALAM KEADAAN YANG SUKAR....
Apa yang kita lakukan apabila tiba-tiba kita jatuh dalam suatu masalah?.. perkara utama yang saya lakukan adalah berdoa supaya apapun keadaan saya dan masalah saya biarlah semuanya dalam tangan Dia dan saya mahu diri saya dikuasai oleh Roh kudus pada ketika itu. Walaupun ketika itu saya berasa sangat takut dan risau tapi saya tidak mahu hilang penguasaan diri hingga member kesempatan kepada iblis untuk menjatuhkan iman saya kerana saya percaya hidup saya sejak dari mulanya sudah dalam tangan Bapa yang maha kuasa maka iblis tidak berkuasa atas saya setelah saya berserah sepenuhnay pada Yesus Kristus.
Pada hari ini, saya diajar untuk tetap tenang dan tinggal diam dan mendengar suaraNya dalam suasana yang sukar. Saya telah terlupa computer bimbit di kafe perpustakaan. Saya hanya teringat tepat setelah saya turun dari bas ke bilik. Saat itu, saya terus berdoa dalam hati supaya Tuhan yang menguasai fikiran saya dan supaya saya tidak membiarkan kerisauan menguasai diri saya. Saat itu ada suatu suara kecil dalam hati saya yang mengatakan bahawa saya tidak perlu risau dan tidak usah terburu-buru mencari computer peribadi saya kerana sudah ada dalam jagaan seseorang. Namun perasaan risau tidak berhenti-henti menyerang fikiran saya. Namun pada masa yang sama saya juga seperti malas untuk mencarinya kembali namun kerana ia adalah penting untuk kerja saya pada esok hari maka saya pergi mencarinya juga. Dan saya memang menemukannya dalam jagaan orang di pejabat kafe itu.
Saat itu, ucapan syukur tidak berhenti-henti mengalir dari dalam hati saya. Sehingga saya bertanya pada Tuhan, apakah yang ingin Engkau sampaikan melalui semua ini, Bapa?
Saat itu.. saya sedar dalam keadaan terdesak seperti itu Bapa mengajar supaya saya tinggal tenang dan percaya pada suaraNya di dalam hati saya. Dalam hal ini juga saya belajar pada waktu yang genting sangat penting untuk kita menguasai diri kita supaya tidak jatuh dalam perangkap iblis. Ini juga mengajar saya untuk lebih tekun dan berhati-hati dalam doa dan kehendak hati saya sendiri supaya dalam segala hal saya harus membiarkan kehendak Tuhan yang terjadi. Terima kasih Bapa kerana ajaranMu...

No comments:

Post a Comment