Sunday, November 8, 2009

KASIH KARUNIA...

Kita mendapat kasih tetapi jangan lupa juga ada karunia... karunia itu adalah apa yang kita miliki sekarang. Ada seorang lelaki yang ingin melakukan sesuatu untuk memuliakan nama Tuhan. Tetapi dia tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Dia tidak berbakat dalam bermain muzik, dia tidak tahu bagaimana untuk mengajar dan dia tidak tahu bagaimana untuk menyanyi bahkan menari. Lalu pada suatu hari dia berdoa di gereja dengan suara keras dan menangis di hadapan Tuhan untuk meminta Tuhan memberikan dia karunia untuk memuji Tuhan. Di sebelahnya ada seorang yang duduk di kerusi roda juga berdoa dan memuji Tuhan.

Ketika di luar gereja lelaki itu didatangi oleh lelaki yang berkerusi roda itu.
Dia berkata kepada lelaki itu: “ anda seorang yang kuat berdoa, semasa saya berada di sisi saudara tadi TUhan berbicara kepada saya bahawa anda sangat dikasihinya dan telah memberikan banyak kasih karunia dalam hidup saudara.”

Lelaki itu terkejut. Dia berkata, “ saya tidak ada karunia untuk melibatkan diri dalam pujian dan penyembahan kerana saya tidak berbakat dan dalam hal lain juga saya tidak tahu melakukan apa-apa.”

Lelaki yang berkerusi roda itu menjawabnya dengan tersenyum.

“ saudara berbahagia kerana TUhan memberi saudara kaki yang boleh berjalan kerana saya telah lumpuh sejak saya dilahirkan. Saya anak yatim piatu tetapi saudara ada keluarga yang ramai...namun saya sangat bersyukur walaupun saya lumpuh tetapi saya tetap dapat berkata-kata kerana saya tidak bisu.”

Betapa ramai orang yang meminta-minta karunia daripada Bapa padahal setiap hari adalah karunia Tuhan yang luar biasa di dalam hidup kita. Tuhan memberi kita nafas pada setiap hari dan memberikan makanan serta pakaian untuk kita pada setiap hari.

No comments:

Post a Comment