Sunday, November 1, 2009

NOT BECAUSE OF ME BUT BECAUSE OF HIM...

Ada seorang lelaki yang sangat miskin dan tidak mempunyai apa-apa pun harta. Setiap hari dia mengemis dan meminta-minta kepada orang lain. Dia dipandang hina, diejek dan tidak ada sesiapa yang menerima dia kerana martabatnya dipandang terlalu rendah.

Pada suatu hari, seorang peladang yang kaya menjumpai dia dan mengangkat dia menjadi hambanya. Dia sangat menyayangi hamba itu dan melayan dia seperti anaknya sendiri. Dia memberikan segalanya yang diperlukan dan diingini oleh hamba itu. Bahkan dia menganggap hamba itu adalah anaknya.
Suatu hari dia mengatakan kepada hamba itu:

“ sekarang kau bukan hambaku lagi tetapi engkau ku jadikan sebagai anakku... segala milikku ini adalah milikmu kerana engkau setia dan selalu menyenangkan hatiku.”
Hamba itu sangat bersyukur dan gembira kerana dia mendapat belas kasihan tuannya hingga menjadi anak kapada tuannya itu. Dia sangat setia kepada bapa barunya itu. Semuanya dia lakukan seperti yang diperintahkan oleh bapanya. Dia menjadi pengurus kepada ladang bapanya.

Suatu hari, seorang pekerja berkata kepadanya:
“ kau sangat berbakat.. jika bukan kerana engkau, ladang ini tidak akan Berjaya.”

Anak itu berasa sangat gembira dan memberitahu bapanya bahawa bapanya sangat bertuah kerana melantik dia menjadi anaknya dan menjaga ladang itu. Bapanya hanya tersenyum dan terus mendorong dia dan menyediakan segala yang dia perlukan.

Anak itu mula bersikap sombong dan bangga di dalam hatinya kerana dia disayangi dan semua pekerjaannya berhasil. Dia mulai kurang meminta pertolongan dengan bapanya.

Namun, pada suatu hari, ladangnya mulai mengalami huru-hara dan merosot. Dia mulai kecewa. Semua pekerja melarikan diri dan ladangnya sudah sangat merosot. Dia sangat kecewa dan datang kepada bapanya dan menangis.

“ bapa, kenapa terjadi seperti ini? Kenapa kau tidak menolong saya. Lihat ladang itu sudah hancur. Bukankah saya sudah melakukan semuanya seperti yang kau arahkan?”

Bapa itu berkata: “ kau tidak meminta pertolongan dariku lagi. Kau mulai sombong dan lupa bahawa akulah yang telah mengangkat engkau sebagai anakku dan member kepercayaan kepada engkau untuk menjaga ladangku itu. Tetapi engkau mulai mengganggap dirimu yang telah menjayakan semuanya itu padahal akulah yang telah menyediakan segalanya untuk engkau dan membuat engkau berhasil.”

Anak itu mulai sedar bahwa dia telah mulai bersikap angkuh dan mengandalkan kekuatannya sendiri. Dia lupa bahwa bapanya yang telah membuat dia berhasil. Dia menangis dan meminta maaf kepada bapanya. Bapanya datang dan memeluk dia dengan erat.

“ aku telah membuat ladang yang kau usahakan itu tidak berhasil. Aku punya ladang itu dan aku boleh membuat ia berhasil dan tidak berhasil. Tetapi lebih daripada itu aku mahu engkau sedar bahwa aku bapamu tidak mahu kau terus hanyut dengan semua itu kerana aku sangat mengasihi engkau. Aku mahu kau kembali kepadaku seperti pada waktu pertama kali aku menemukan engkau.”

Saat itu, anak itu mulai sedar dan dia sangat menyesal dan bersyukur kerana bapanya tetap menerima dia.

Kita adalah seperti lelaki itu yang tidak punya apa-apa. Tetapi Tuhan mengangkat kita menjadi anak-Nya dan member kepercayaan kepada kita dengan pelbagai karunia. Namun seringkali kita lupa bahwa bakat yang ada pada kita bukan kepunyaan kita sendiri tetapi Bapa telah memberikan karunia itu kepada kita.

Di sanalah kita mulai bersikap sombong dan berkata di dalam hati bahwa jika bukan kerana kita semuanya tidak akan berhasil. KITA SERING LUPA BAHAWA TUHAN TELAH MEMBERI KARUNIA ITU KEPADA KITA.

BUKAN KERANA KITA TETAPI KERANA DIA ...

No comments:

Post a Comment